Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَمِعْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا سَألَتْهَا امْرَأَةٌ عَنِ الخِضَابِ بِالحِنَّاءِ؟ قَالَتْ: لَا بَأْسَ بِهِ وَلَكِن أَكْرَهُ هَذَا لِأَنَّ حُبِّي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُ ريحَ الحِنَّاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Saya mendengar ada orang bertanya kepada ‘Aishah RA tentang hukum berinai. Beliau menjawab: Tidak mengapa. Namun saya tidak gemar, kerana kekasihku, Rasulullah SAW tidak menggemari bau inai.
Sahabat Perawi
- Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055-1056, hadis no. 5401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن كريمة بنت همام قالت: سمعت عائشة رضي الله عنها سألتها امرأة عن الخضاب بالحناء؟ قالت: لا بأس به ولكن أكره هذا لأن حِبِّي صلى الله عليه وسلم كان يكره ريح الحناء. [ن، حم، الضعيفة (4290)]
[Lemah] Daripada Karimah binti Hummam, beliau menceritakan, Saya mendengar ada orang bertanya kepada ‘Aishah RA tentang hukum berinai. Beliau menjawab: Tidak mengapa. Namun saya tidak gemar, kerana kekasihku, Rasulullah SAW tidak menggemari bau inai. [Riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4290]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman