Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Saya memohon kepada Allah agar Dia menjadikan hisab (hitungan amalan) umatku (diserahkan) kepadaku agar tidak tebongkar kepada umat-umat lain.

Teks Bahasa Arab

سَأَلْتُ الله أَنْ يَجْعَلَ حِسَابَ أُمَّتِي إِلَيَّ لئلا تفتضح عند الأمم فأوحى الله عَزَّ وَجَلَّ إِلَيَّ: يَا مُحَمَّدُ بَلْ أَنَا أُحَاسِبُهُمْ فَإِنْ كَانَ مِنْهُمْ زَلَّةٌ سَتَرْتُهَا عَنْكَ لِئَلاَّ تَفْتَضِحَ عِنْدَكَ

Teks Bahasa Melayu

Saya memohon kepada Allah agar Dia menjadikan hisab (hitungan amalan) umatku (diserahkan) kepadaku agar tidak terbongkar kepada umat-umat lain. Lalu Allah 'azza wa jalla mewahyukan kepadaku: Wahai Muhammad! Bahkan Aku sendiri yang menghisab mereka. Sekiranya sebahagian mereka ada kegelinciran, maka Aku sembunyikannya daripadamu agar tidak terbongkar di sisimu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 43, hadis no. 219. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Tidak ada maknanya menyebutkan hadith ini, kerana ia sebahagian rekaan orang-orang bodoh lagi dungu yang tidak tahu apa yang sedang keluar daripada kepala-kepala mereka, bahkan menyebutkan hadith tersebut dan berpegang dengannya boleh mengurangkan nilai orang alim dan kedudukannya, serta mencelanya dengan celaan yang tidak boleh dibersihkan lagi selama-lamanya. Saya tidak tahu yang patut saya katakan terhadap penulis (al-Suyuti) RH.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.