Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَأَلْتُ رَبِّي أَبْنَاءَ العِشْرِيْنَ مِنْ أُمَّتِي فَوَهَبَهُمْ لِي.
Teks Bahasa Melayu
Saya meminta kepada Allah untuk memberi syafaat kepada umatku yang meninggal dunia pada usia 20 tahun, lalu Dia mengurniakan kepada saya syafaat tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1039-1040, hadis no. 5318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سألت ربي أبناء العشرين من أمتي؛ فوهبهم لي. [ابن أبي الدنيا، الضعيفة (1473)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Saya meminta kepada Allah untuk memberi syafaat kepada umatku yang meninggal dunia pada usia 20 tahun, lalu Dia mengurniakan kepada saya syafaat tersebut. [Riwayat Ibn Abi al-Dunia. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1473]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman