Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ يُكَبِّرُ أيَّامَ التَّشريقِ مِن صلاةِ الظُّهرِ حتَّى يخرجَ من منًى يُكَبِّرُ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Saya melihat Rasulullah SAW bertakbir selepas solat Zohor pada hari Tasyrik sehingga Baginda keluar daripada kawasan Mina. Baginda bertakbir setiap kali selepas solat.
Sahabat Perawi
- Syuraih bin Abrahah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1065, hadis no. 5429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يكبر أيام التشريق من صلاة الظهر حتى يخرج من منى يكبر في دبر كل صلاة. [طب، طس، الضعيفة 5390]
(Sangat lemah) Daripada Syuraih bin Abrahah RA, beliau berkata: Saya melihat Rasulullah SAW bertakbir selepas solat Zohor pada hari Tasyrik sehingga Baginda keluar daripada kawasan Mina. Baginda bertakbir setiap kali selepas solat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no.5390]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman