Saya masuk ke dalam syurga, lalu saya mendengar bunyi tapak kaki orang bergerak di hadapan saya

TEKS BAHASA ARAB

دخلت الجنة فسمعت فيها خشفة بين يدي فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت فإذا أكثر أهل الجة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية فلما كنت عند الباب أتيت بكفة فوضعت فيها ووضعت أمتي في كفة فرجحت بها ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه فوضع في كفة وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا فرجح أبو بكر رضي الله عنه. وجيء بعمر فوضع في كفة وجيء بجميع أمتي فوضعوا فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا فجعلوا يمرون فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف ثم جاء بعد الإياس فقلت: عبد الرحمن. فقال: بأبي وأمي يا رسول الله والذي بعثك بالحق ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات. قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي أحاسب وأمحص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya pernah masuk ke dalam syurga, lalu saya terdengar bunyi tapak kaki orang bergerak di hadapan saya. Saya bertanya: Siapakah itu? Dia menjawab: Itu Bilal. Saya terus berjalan, saya dapati kebanyakan ahli Syurga adalah orang-orang miskin daripada kalangan Muhajirin dan anak cucu orang Islam. Yang paling sedikit saya lihat adalah golongan yang kaya dan orang perempuan.Saya difahamkan bahawa orang-orang kaya sedang dihisab dan ditapis di sebuah pintu. Orang perempuan pula, dua perkara yang bersinar telah melekakan mereka, iaitu emas dan sutera. Kemudian saya keluar daripada salah satu pintu syurga yang lapan. Di pintu syurga, sebuah dacing disediakan. Saya diletakkan dalam satu bahagian, dan keseluruhan umatku diletakkan di bahagian lagi satu. Bahagian saya memberat. Kemudian ditimbang pula Abu Bakr dengan keseluruhan umatku, ternyata Abu Bakr lebih berat. Kemudian ‘Umar pula ditimbang dengan keseluruhan umatku, ternyata ‘Umar lebih berat.
Umat saya ditunjukkan kepada saya, seorang demi seorang berjalan. Saya mendapati ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf berjalan dengan lambat, sehinggalah dia sampai kepada saya setelah hampir berputus-asa. Saya memanggilnya. Dia menjawab: Demi ibuku dan bapaku, wahai Rasulullah. DemiTuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sebelum saya bertemu kamu, saya menyangka bahawa saya memang tidak akan dapat bertemu dengan kamu melainkan setelah beruban. Saya bertanya, Mengapakah begitu?. Dia menjawab: Kerana banyaknya hartaku, saya dihisab dan ditapis.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1064, hadis nombor 5428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: دخلت الجنة فسمعت فيها خشفة بين يدي فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت فإذا أكثر أهل الجة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية فلما كنت عند الباب أتيت بكفة فوضعت فيها ووضعت أمتي في كفة فرجحت بها ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه فوضع في كفة وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا فرجح أبو بكر رضي الله عنه. وجيء بعمر فوضع في كفة وجيء بجميع أمتي فوضعوا فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا فجعلوا يمرون فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف ثم جاء بعد الإياس فقلت: عبد الرحمن. فقال: بأبي وأمي يا رسول الله والذي بعثك بالحق ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات. قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي أحاسب وأمحص. [حم، الضعيفة 5346]

(Terlalu Munkar): Daripada Abu Umamah ra, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Saya pernah masuk ke dalam syurga, lalu saya terdengar bunyi tapak kaki orang bergerak di hadapan saya. Saya bertanya: Siapakah itu? Dia menjawab: Itu Bilal. Saya terus berjalan, saya dapati kebanyakan ahli Syurga adalah orang-orang miskin daripada kalangan Muhajirin dan anak cucu orang Islam. Yang paling sedikit saya lihat adalah golongan yang kaya dan orang perempuan.Saya difahamkan bahawa orang-orang kaya sedang dihisab dan ditapis di sebuah pintu. Orang perempuan pula, dua perkara yang bersinar telah melekakan mereka, iaitu emas dan sutera. Kemudian saya keluar daripada salah satu pintu syurga yang lapan. Di pintu syurga, sebuah dacing disediakan. Saya diletakkan dalam satu bahagian, dan keseluruhan umatku diletakkan di bahagian lagi satu. Bahagian saya memberat. Kemudian ditimbang pula Abu Bakr dengan keseluruhan umatku, ternyata Abu Bakr lebih berat. Kemudian ‘Umar pula ditimbang dengan keseluruhan umatku, ternyata ‘Umar lebih berat.
Umat saya ditunjukkan kepada saya, seorang demi seorang berjalan. Saya mendapati ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf berjalan dengan lambat, sehinggalah dia sampai kepada saya setelah hampir berputus-asa. Saya memanggilnya. Dia menjawab: Demi ibuku dan bapaku, wahai Rasulullah. DemiTuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sebelum saya bertemu kamu, saya menyangka bahawa saya memang tidak akan dapat bertemu dengan kamu melainkan setelah beruban. Saya bertanya, Mengapakah begitu?. Dia menjawab: Kerana banyaknya hartaku, saya dihisab dan ditapis. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no.5346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs