Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَأَنْ أَحْرُسَ ثَلَاثَ لِيَالٍ مُرَابِطًا مِنْ وَرَاءِ بَيْضَةِ الْمُسْلِمِيْنَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أُصَلِّيَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِيْ أَحَدِ الْمَسْجِدَيْنِ: الْمَدِيْنَةِ أُوْ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.
Teks Bahasa Melayu
Saya lebih suka menjaga benteng orang Islam selama tiga malam berbanding solat pada malam al-Qadr di dua buah masjid iaitu (Masjid al-Nabawi) Madinah atau (Masjid al-Aqsa) Baitul Maqdis.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis no. 5833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لأن أحرس ثلاث ليال مرابطا من وراء بيضة المسلمين أحب إلي من أن أصلي ليلة القدر في أحد المسجدين: المدينة أو بيت المقدس. [فر، الضعيفة (5583)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Saya lebih suka menjaga benteng orang Islam selama tiga malam berbanding solat pada malam al-Qadr di dua buah masjid iaitu (Masjid al-Nabawi) Madinah atau (Masjid al-Aqsa) Baitul Maqdis. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5583]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman