Saya ialah individu pertama yang akan dikeluarkan daripada bumi

TEKS BAHASA ARAB

أنا أول من تنشق عنه الأرض ثم أبو بكر ثم عمر ثم آتي أهل البقيع فيحشرون معي ثم أنتظر أهل مكة حتى أحشر بين الحرمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya ialah individu pertama yang akan dikeluarkan daripada bumi, diikuti Abu Bakar, kemudian ‘Umar, kemudian orang-orang yang disemadikan di perkuburan Baqi‘, mereka dihimpunkan bersama saya. Kemudian saya akan menunggu penduduk Mekah, sehingga saya dihimpunkan antara penduduk dua tanah suci.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048-1049, hadis nombor 5362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أنا أول من تنشق عنه الأرض ثم أبو بكر ثم عمر ثم آتي أهل البقيع فيحشرون معي ثم أنتظر أهل مكة حتى أحشر بين الحرمين. [ت، حب، ك، أبو عثمان البجيرمي، ابن عساكر، الضعيفة (2949)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Umar RA, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda: Saya ialah individu pertama yang akan dikeluarkan daripada bumi, diikuti Abu Bakar, kemudian ‘Umar, kemudian orang-orang yang disemadikan di perkuburan Baqi‘, mereka dihimpunkan bersama saya. Kemudian saya akan menunggu penduduk Mekah, sehingga saya dihimpunkan antara penduduk dua tanah suci. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu ‘Uthman al-Bujairami dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2949]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs