TEKS BAHASA ARAB
أنا عبد الله وأخو رسول الله وأنا الصديق الأكبر لا يقولها بعدي إلا كاذب آمنت قبل الناس سبع سنين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Saya ialah hamba Allah, saudara kepada utusan Allah. Saya ialah al-Siddiq yang paling senior. Tiada sesiapa yang mengaku dirinya seperti ini melainkan pendusta. Saya telah beriman tujuh tahun sebelum orang ramai beriman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1056, hadis nombor 5404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: أنا عبد الله وأخو رسول الله وأنا الصديق الأكبر لا يقولها بعدي إلا كاذب آمنت قبل الناس سبع سنين. [النسائي في الخصائص، ك، الضعيفة (4947)]
[Palsu] Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Saya ialah hamba Allah, saudara kepada utusan Allah. Saya ialah al-Siddiq yang paling senior. Tiada sesiapa yang mengaku dirinya seperti ini melainkan pendusta. Saya telah beriman tujuh tahun sebelum orang ramai beriman. [Riwayat al-Nasa’i dalam al-Khasa’is dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4947.]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.