Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَا عَبْدُ اللهِ، وَأَخُو رَسُولِ اللهِ، وَأَنَا الصِّدِّيقُ الأَكْبَرُ، لَا يَقُولُهَا بَعْدِي إِلَّا كَاذِبٌ ، آمَنْتُ قَبْلَ النَّاسِ سَبْعَ سِنِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Saya ialah hamba Allah, saudara kepada utusan Allah. Saya ialah al-Siddiq yang paling senior. Tiada sesiapa yang mengaku dirinya seperti ini melainkan pendusta. Saya telah beriman tujuh tahun sebelum orang ramai beriman.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1056, hadis no. 5404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: أنا عبد الله وأخو رسول الله وأنا الصديق الأكبر لا يقولها بعدي إلا كاذب آمنت قبل الناس سبع سنين. [النسائي في الخصائص، ك، الضعيفة (4947)]
[Palsu] Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Saya ialah hamba Allah, saudara kepada utusan Allah. Saya ialah al-Siddiq yang paling senior. Tiada sesiapa yang mengaku dirinya seperti ini melainkan pendusta. Saya telah beriman tujuh tahun sebelum orang ramai beriman. [Riwayat al-Nasa’i dalam al-Khasa’is dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4947.]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman