Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Saya diutuskan sebagai pembawa rahmat dan pemimpin perang

Teks Bahasa Arab

بُعِثْتُ مَرْحَمَةً ومَلْحَمَةً، وَلَمْ أُبْعَثْ تَاجِرًا وَلَا زَرَّاعًا، أَلَا وَإِنَّ شِرَارَ هَذِهِ الأُمَّةِ التُّجَّارُ وَالزَّرَّاعُونَ، إِلَّا مَنْ شَحَّ عَلَى نَفْسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Saya diutuskan sebagai pembawa rahmat dan pemimpin perang. Saya tidak diutuskan sebagai peniaga mahupun pekebun. Ketahuilah, seburuk-buruk umat ini ialah para peniaga dan pekebun, kecuali mereka yang kedekut buat dirinya sendiri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1045, hadis no. 5337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: بعثت مرحمة وملحمة ولم أبعث تاجرا ولا زراعا ألا وإن شرار هذه الأمة التجار والزراعون إلا من شح على نفسه. [أبو الشيخ في الطبقات، حل، أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (1571)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Saya diutuskan sebagai pembawa rahmat dan pemimpin perang. Saya tidak diutuskan sebagai peniaga mahupun pekebun. Ketahuilah, seburuk-buruk umat ini ialah para peniaga dan pekebun, kecuali mereka yang kedekut buat dirinya sendiri. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam al-Tabaqat, Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’ dan Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1571]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.