Saya diperintahkan untuk solat witir dan dua rakaat dhuha

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمرت بالوتر وركعتي الضحى ولم يكتب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya diperintahkan untuk solat witir dan dua rakaat dhuha, tetapi tidak diwajibkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis nombor 5360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أمرت بالوتر وركعتي الضحى ولم يكتب. [حم، ابن نصر في قيام الليل، الضعيفة (2937)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Saya diperintahkan untuk solat witir dan dua rakaat dhuha, tetapi tidak diwajibkan. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2937]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.