Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Saya diberitahu bahawa Nabi SAW membuang air dalam sebuah bekas kayu

Teks Bahasa Arab

أُخْبِرْتُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُولُ فِي قَدْحٍ مِنْ عِيْدَانٍ ثُمَّ يُوضَعُ تَحْتَ سَرِيْرِهِ، فَجَاءَ فَإِذَا القَدْحُ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ، فَقََالَ لِامْرَأَةٍ يُقَالُ لَهَا بَرَكَةُ كَانَتْ تَخْدُمُ أُمَّ حَبِيبَةَ جَاءَتْ مَعَهَا مِنْ أَرْضِ الحَبَشَةِ: أَيْنَ البَوْلُ الَّذِي كَانَ فِي القَدْحِ؟ قَالَتْ: شَرِبْتُهُ، قَالَ: صِحَّةٌ يَا أُمُّ يُوسُفَ! فَمَا مَرَضَتْ قَطٌّ حَتَّى كَانَ مَرَضُهَا الَّذِي مَاتَتْ فِيْهِ.

Teks Bahasa Melayu

Saya diberitahu bahawa Nabi SAW membuang air dalam sebuah bekas kayu. Kemudian ianya diletakkan di bawah katil baginda. apabila beliau mengambil bekas tersebut, ternyata ia sudah kosong. Baginda bertanya kepada seorang wanita yang digelar Barakah, seorang yang berkhidmat untuk Ummu Habibah yang datang bersama dari negeri Ethiopia: Di manakah air kencing yang berada dalam bekas? Beliau menjawab: Saya telah meminumnya. Baginda bersabda: Pasti sihat, wahai Ummu Yusuf. Selepas itu, beliau tidak pernah jatuh sakit kecuali penyakit terakhir yang beliau meninggal kerananya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1040, hadis no. 5319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن جريج قال: أخبرت أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يبول في قدح من عيدان ثم يوضع تحت سريره فجاء فإذا القدح ليس فيه شيء. فقال لامرأة يقال لها بركة كانت تخدم أم حبيبة جاءت معها من أرض الحبشة: أين البول الذي كان في القدح؟ قالت: شربته قال: صحة يا أم يوسف فما مرضت قط حتى كان مرضها الذي ماتت فيه. [الضعيفة (1182)]

(Lemah) Daripada Ibn Juraij, beliau berkata: Saya diberitahu bahawa Nabi SAW membuang air dalam sebuah bekas kayu. Kemudian ianya diletakkan di bawah katil baginda. apabila Baginda mengambil bekas tersebut, ternyata ia sudah kosong. Baginda bertanya kepada seorang wanita yang digelar Barakah, seorang yang berkhidmat untuk Ummu Habibah yang datang bersama dari negeri Ethiopia: Di manakah air kencing yang berada dalam bekas? Beliau menjawab: Saya telah meminumnya. Baginda bersabda: Pasti sihat, wahai Ummu Yusuf. Selepas itu, beliau tidak pernah jatuh sakit kecuali penyakit terakhir yang beliau meninggal kerananya. [Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1182]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.