Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَنْ أُمِّ جَمِيلٍ بِنْتِ الْمُجَلِّلِ، قَالَتْ: قَالَتْ: أَقْبَلْتُ بِكَ مِنْ أَرْضِ الْحَبَشَةِ، حَتَّى إِذَا كُنْتُ مِنَ الْمَدِينَةِ عَلَى لَيْلَةٍ أَوْ لَيْلَتَيْنِ طَبَخْتُ لَكَ طَبِيخًا، فَفَنِيَ الْحَطَبُ، فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ، فَتَنَاوَلْتَ الْقِدْرَ فَانْكَفَأَتْ عَلَى ذِرَاعِكَ، فَأَتَيْتُ بِكَ النَّبِيَّ ﷺ، فَقُلْتُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللهِ، هَذَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاطِبٍ فَتَفَلَ فِي فِيكَ، وَمَسَحَ عَلَى رَأْسِكَ، وَدَعَا لَكَ، وَجَعَلَ يَتْفُلُ عَلَى يَدَيْكَ. وَيَقُولُ: "أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسْ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا "، فَقَالَتْ: فَمَا قُمْتُ بِكَ مِنْ عِنْدِهِ حَتَّى بَرَأَتْ يَدُكَ."
Teks Bahasa Melayu
Diriwayatkan oleh Ummu Jamil binti al-Mujallil RA, beliau berkata: Saya datang bersama kamu dari Habshah, sehinggalah apabila saya berada di Madinah semalaman atau dua malam saya memasak untuk kamu, lalu kayu api telah habis, oleh itu saya keluar mencarinya, ketika itu kamu ingin mengambil periuk dan kamu telah menjatuhkannya terkena lengan kamu, setelah itu saya membawa kamu kepada Nabi ﷺ seraya saya berkata: Demi bapa dan ibu saya wahai Rasulullah! Ini ialah Muhammad bin Hatib, maka Baginda ﷺ meludah pada mulut kamu, dan menyapu kepala kamu, seterusnya mendoakan bagi kamu, Baginda ﷺ juga meludah pada kedua tangan kamu dan bersabda: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah Engkaulah yang Maha penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.” Ummu Jamil berkata: Saya menemani kamu ketika bersama Rasulullah ﷺ sehinggalah tangan kamu sembuh.
Sahabat Perawi
- Ummu Jamil binti al-Mujallil RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Dr. Nur Afifi Bin Alit (Penyelia Dr. Shumsudin Yabi)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Dr. Nur Afifi Bin Alit yang diselia oleh Dr. Shumsudin Yabi dalam Disertasi Kedoktoran Universiti Sains Islam Malaysia bertajuk al-Ahadith al-Wahiyah wal-Mawdu‘ah Fi al-Baramij al-Da‘wiyah al-Tilfiziwniyyyah Fi Malizia: Dirasah Tahliliyah Fi Qanat al-Hijrah, di halaman 151, hadis no. 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hukum hadis: Jalur sanad hadis ini adalah lemah, dalamnya ada perawi ‘Abdul Rahman bin ‘Uthman. Abu Hatim (m. 277h) berkata: Beliau adalah perawi yang lemah, sanadnya banyak yang mengejutkan saya. Begitu juga dengan bapanya ‘Uthman bin Ibrahim yang mana Abu Hatim (m. 277h) telah berkata mengenainya: Anaknya, ‘Abdul Rahman telah meriwayatkan daripadanya hadis-hadis yang munkar. Beliau berkata lagi: Beliau adalah seorang yang tua, yang ditulis hadisnya. Oleh sebab ini, al-Haythami melemahkan hadis ini disebabkan oleh ‘Abdul Rahman ini.
Rujukan
Nur Afifi, A. (2023). Al-Ahadith al-Wahiyah wa al-Mawdu'ah fi al-Baramij al-Da'wiyah al-Tilfizyuniyyah fi Maliziyah: Dirasah Tahliliyyah Qanat al-Hijrah [Doctoral dissertation, Universiti Sains Islam Malaysia]. USIM Research Repository. https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/3da60da4-f5a5-4637-a1fb-ab8c2b8731e9/full
Penterjemah | Ahmad Zulkiram Bin Abdul Khalid |
Penyunting | Muhammad Iskandar Bin Mohd Badree |
Penyemak | Dr Nur Afifi bin Alit |
Makluman