Saya bertemu Nabi SAW, ketika itu Baginda sedang merangkak

TEKS BAHASA ARAB

دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم، وهو يمشي على أربع وعلى ظهره الحسن والحسين وهو يقول: نعم الجمل جملكما ونعم العدلان أنتما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya bertemu Nabi SAW, ketika itu Baginda sedang merangkak, di belakang Baginda terdapat al-Hasan dan al-Husain. Baginda berkata: Sebaik-baik unta adalah unta kamu berdua dan sebaik-baik penunggang adalah kamu berdua.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1050, hadis nombor 5369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا السياق) عن جابر رضي الله عنه قال: دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وهو يمشي على أربع وعلى ظهره الحسن والحسين وهو يقول: نعم الجمل جملكما، ونعم العدلان أنتما. [عق، الرامهرمزي، عد، طب، ابن حبان في الضعفاء، ابن الجوزي في العلل، الدولابي، ابن عساكر، الضعيفة (2661)]

[Terlalu munkar dengan konteks ini] Daripada Jabir RA, beliau menceritakan: Saya bertemu Nabi SAW, ketika itu Baginda sedang merangkak, di belakang Baginda terdapat al-Hasan dan al-Husain. Baginda berkata: Sebaik-baik unta adalah unta kamu berdua dan sebaik-baik penunggang adalah kamu berdua. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir, al-Ramahurmuzi dalam al-Amthal, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Ibn al-Jawzi dalam al-‘ilal; al-Dawlabi dalam al-Kuna wa al-Asma’ dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2661]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs