Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Saya bertemu dengan Huzaifah bin al-Yaman di Masjid Nabawi

Teks Bahasa Arab

أَتَيْتُ حُذَيْفَةَ بْنِ اليَمَانِ وَهُوَ فِي مَسْجِدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: خَدِيْجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ سَابِقَةُ نَسَاءِ الْعَالَمِيْنَ إِلَى الإيمَانِ بِاللهِ وَبِمُحَمَّدٍ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -.

Teks Bahasa Melayu

Saya bertemu dengan Huzaifah bin al-Yaman di Masjid Nabawi, lalu saya terdengar beliau berkata: Khadijah binti Khuwailid mendahului wanita dunia dalam beriman kepada Allah dan Muhammad SAW.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1050-1051, hadis no. 5370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ربيعة السعدي، قال: أتيت حذيفة بن اليمان وهو في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم فسمعته يقول: خديجة بنت خويلد سابقة نساء العالمين إلى الإيمان بالله وبمحمد صلى الله عليه وسلم. [ك، الضعيفة (3779)]

[Lemah] Daripada Rabi‘ah al-Sa‘di, beliau menceritakan, saya bertemu dengan Huzaifah bin al-Yaman di Masjid Nabawi, lalu saya terdengar beliau berkata: Khadijah binti Khuwailid mendahului wanita dunia dalam beriman kepada Allah dan Muhammad SAW. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3779]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.