Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Saya berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, sebenarnya yang membuatkan saya memeluk Islam adalah kerana petanda kenabian anda

Teks Bahasa Arab

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، دَعَانِي إِلَى الدُّخُولِ فِي دِينِكَ أَمَارَةَ نُبُوَّتِكَ، رَأَيْتُكَ فِي المَهْدِ تُنَاغِي القَمَرَ وَتُشِيرُ بِأُصْبُعِكَ فَحَيْثُ أَشَرْتَ إِلَيْهَ مَالَ! إِنِّي كُنْتُ أُحَدِّثُهُ وَيُحَدِّثُنِي، وَيُلْهِينِي عَنِ البُكَاءِ، وَأَسْمَعُ وَجْبَتَهُ يَسْجُدُ تَحْتَ العَرْشِ.

Teks Bahasa Melayu

Saya berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, sebenarnya yang membuatkan saya memeluk Islam adalah kerana petanda kenabian anda. Saya melihat anda dalam buaian sedang berbicara sesuatu yang tidak dapat difahami dengan bulan. Kemana sahaja kamu tunjuk, bulan akan pergi. Baginda SAW bersabda: Sebenarnya saya pernah bercakap dengan bulan, dan bulan pernah bercakap dengan saya. Ia menghiburkan saya daripada menangis. Saya dapat dengar bunyi jatuhannya bersujud di bawah Arasy.

Sahabat Perawi

  1. al-'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1057, hadis no. 5407. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن العباس بن عبد المطلب رضي الله عنه قال: قلت: يا رسول الله دعاني إلى الدخول في دينك أمارة نبوتك رأيتك في المهد تناغي القمر وتشير بأصبعك فحيث أشرت إليه مال قال: إني كنت أحدثه ويحدثني ويلهيني عن البكاء وأسمع وجبته يسجد تحت العرش. [البيهقي في الدلائل، الضعيفة (4863)]

[Palsu] Daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib RA, beliau menceritakan: Saya berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, sebenarnya yang membuatkan saya memeluk Islam adalah kerana petanda kenabian anda. Saya melihat anda dalam buaian sedang berbicara sesuatu yang tidak dapat difahami dengan bulan. Kemana sahaja kamu tunjuk, bulan akan pergi. Baginda SAW bersabda: Sebenarnya saya sedang bercakap dengan bulan, dan bulan sedang bercakap denganku. Ia menghiburkan saya daripada menangis. Saya dapat dengar bunyi jatuhannya bersujud di bawah Arasy. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4863]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.