Saya beri amaran kepada kalian terhadap tiga dajjal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أحذركم الدجالين الثلاث . فقال ابن مسعود : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ! قد أخبرتنا عن الدجال الأعور ، وعن أكذب الكذابين ، فمن الثالث ؟ فقال : رجل يخرج من قوم ؛ أولهم مثبور، وآخرهم مثبور ، عليهم اللعنة دائبة في فتنة الجارفة ، وهو الدجال الأليس ؛ يأكل عباد الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya beri amaran kepada kalian terhadap tiga dajjal. Lalu Ibn Mas‘ud berkata: Ibu dan bapaku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Kamu telah khabarkan kepada kami tentang dajjal yang matanya sebelah, tentang pendusta yang paling dusta, jadi siapakah yang ketiga? Lalu Baginda berkata: Seorang lelaki yang keluar daripada satu kaum, yang pertama daripada mereka binasa dan yang akhir daripada mereka binasa. Terhadap mereka, laknat. Bersungguh-sungguh dalam fitnah yang menghanyutkan. Dan dialah Dajjal al-Alyas, dia makan hamba-hamba Allah.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1351, hadis nombor 6901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بمرة) عن شعيب بن عمر الأزرق قال: حججنا فمررنا بطريق المنكدر، وكان الناس إذ ذاك يأخذون فيه، فضللنا الطريق، قال: فبينا نحن كذلك؛ إذ نحن بأعرابي كأنما نبع علينا من الأرض، فقال: يا شيخ! تدري أين أنت؟ قلت: لا. قال: أنت بالربائب، وهذا التل الأبيض الذي تراه عظام بكر بن وائل وتغلب، وهذا قبر كليب وأخيه مهلهل. قال: فدلنا على الطريق، ثم قال: ها هنا رجل له من النبي – صلى الله عليه وسلم – صحبة، هل لكم فيه؟ قال: فقلت: نعم، قال: فذهب بنا إلى شيخ معصوب الحاجبين بعصابة في قبة أدم. فقلنا له: من أنت؟ قال: أنا العداء بن خالد، فارس الصحبا (!) في الجاهلية، قال: فقلنا له: حدثنا رحمك الله عن النبي – صلى الله عليه وسلم – بحديث؟ قال: كنا عند النبي – صلى الله عليه وسلم -؛ إذ قام قومة له كأنه مفزع، ثم رجع؛ فقال: ((أحذِّرُكُمُ الدَّجَّالينَ الثَّلاثَ . فقالَ ابنُ مسعودٍ : بأبي أنتَ وأمِّي يا رسولَ اللَّهِ ! قد أخبرتَنا عنِ الدَّجَّالِ الأعوَرِ ، وعن أَكْذَبِ الكذَّابينَ ، فمنِ الثَّالثُ ؟ فقالَ : رجلٌ يخرجُ من قومٍ ؛ أوَّلُهُم مثبورٌ، وآخرِهِم مثبورٌ ، عليهمُ اللَّعنةُ دائبةً في فِتنةِ الجارفةِ ، وَهوَ الدَّجَّالُ الأليَسُ ؛ يأكلُ عبادَ اللَّهِ)). [ ك، ((الضعيفة)) (5076) ].

(Sangat Munkar) Daripada Shu‘aib bin ‘Umar al-Azraq, beliau berkata: Kami pergi haji lalu kami melalui jalan al-Munkadir. Ketika itu orang ramai turut melalui jalan tersebut lalu kami tersesat jalan. Dia berkata: Ketika kami dalam keadaan begitu, tiba-tiba bersama kami seorang Arab Badwi seperti dia terbit kepada kami daripada bumi. Lalu dia berkata: Wahai Sheikh! Tahukah kamu di mana kamu? Aku berkata: Tidak. Dia berkata: Kamu berada di Raba’ib dan anak bukit putih yang kamu lihatnya itu adalah tulang Bakr bin Wa’il dan Taghlib. Ini kubur Kulaib dan saudara lelakinya Muhalhal. Dia berkata: Jadi, tunjukkanlah jalan kepada kami. Kemudian dia berkata: Di sini ada seorang lelaki yang daripada Nabi SAW termasuk dalam kalangan Sahabat, adakah kalian termasuk sahabat? Dia berkata: Aku berkata: Ya. Dia berkata: Lalu dia membawa kami kepada seorang Sheikh yang keningnya dibungkus dengan kain pengikat kepala di Qubbat Adam. Lalu kami berkata kepadanya: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku bernama al-’Ada’ bin Khalid, tentera berkuda sahabat ketika jahiliyah. Dia berkata: Lalu kami berkata kepadanya: Sampaikanlah kepada kami satu hadis daripada Nabi SAW, semoga Allah merahmatimu. Beliau berkata: Pernah ketika kami bersama Nabi SAW, tiba-tiba orangnya bangun seperti dia terkejut. Kemudian dia kembali, lalu dia berkata: Saya beri amaran kepada kalian terhadap tiga dajjal. Lalu Ibn Mas‘ud berkata: Ibu dan bapaku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Kamu telah khabarkan kepada kami tentang dajjal yang matanya sebelah, tentang pendusta yang paling dusta, jadi siapakah yang ketiga? Lalu Baginda berkata: Seorang lelaki yang keluar daripada satu kaum, yang pertama daripada mereka binasa dan yang akhir daripada mereka binasa. Terhadap mereka, laknat. Bersungguh-sungguh dalam fitnah yang menghanyutkan. Dan dialah Dajjal al-Alyas, dia makan hamba-hamba Allah.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.