Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحذِّرُكُمُ الدَّجَّالينَ الثَّلاثَ . فقالَ ابنُ مسعودٍ : بأبي أنتَ وأمِّي يا رسولَ اللَّهِ ! قد أخبرتَنا عنِ الدَّجَّالِ الأعوَرِ ، وعن أَكْذَبِ الكذَّابينَ ، فمنِ الثَّالثُ ؟ فقالَ : رجلٌ يخرجُ من قومٍ ؛ أوَّلُهُم مثبورٌ، وآخرِهِم مثبورٌ ، عليهمُ اللَّعنةُ دائبةً في فِتنةِ الجارفةِ ، وَهوَ الدَّجَّالُ الأليَسُ ؛ يأكلُ عبادَ اللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Saya beri amaran kepada kalian terhadap tiga dajjal. Lalu Ibn Mas‘ud berkata: Ibu dan bapaku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Kamu telah khabarkan kepada kami tentang dajjal yang matanya sebelah, tentang pendusta yang paling dusta, jadi siapakah yang ketiga? Lalu Baginda berkata: Seorang lelaki yang keluar daripada satu kaum, yang pertama daripada mereka binasa dan yang akhir daripada mereka binasa. Terhadap mereka, laknat. Bersungguh-sungguh dalam fitnah yang menghanyutkan. Dan dialah Dajjal al-Alyas, dia makan hamba-hamba Allah.
Sahabat Perawi
- al-’Ada’ bin Khalid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1351, hadis no. 6901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Shu‘aib bin ‘Umar al-Azraq, beliau berkata: Kami pergi haji lalu kami melalui jalan al-Munkadir. Ketika itu orang ramai turut melalui jalan tersebut lalu kami tersesat jalan. Dia berkata: Ketika kami dalam keadaan begitu, tiba-tiba bersama kami seorang Arab Badwi seperti dia terbit kepada kami daripada bumi. Lalu dia berkata: Wahai Sheikh! Tahukah kamu di mana kamu? Aku berkata: Tidak. Dia berkata: Kamu berada di Raba’ib dan anak bukit putih yang kamu lihatnya itu adalah tulang Bakr bin Wa’il dan Taghlib. Ini kubur Kulaib dan saudara lelakinya Muhalhal. Dia berkata: Jadi, tunjukkanlah jalan kepada kami. Kemudian dia berkata: Di sini ada seorang lelaki yang daripada Nabi SAW termasuk dalam kalangan Sahabat, adakah kalian termasuk sahabat? Dia berkata: Aku berkata: Ya. Dia berkata: Lalu dia membawa kami kepada seorang Sheikh yang keningnya dibungkus dengan kain pengikat kepala di Qubbat Adam. Lalu kami berkata kepadanya: Siapakah kamu? Dia berkata: Aku bernama al-’Ada’ bin Khalid, tentera berkuda sahabat ketika jahiliyah. Dia berkata: Lalu kami berkata kepadanya: Sampaikanlah kepada kami satu hadis daripada Nabi SAW, semoga Allah merahmatimu. Beliau berkata: Pernah ketika kami bersama Nabi SAW, tiba-tiba orangnya bangun seperti dia terkejut. Kemudian dia kembali, lalu dia berkata: Saya beri amaran kepada kalian terhadap tiga dajjal. Lalu Ibn Mas‘ud berkata: Ibu dan bapaku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Kamu telah khabarkan kepada kami tentang dajjal yang matanya sebelah, tentang pendusta yang paling dusta, jadi siapakah yang ketiga? Lalu Baginda berkata: Seorang lelaki yang keluar daripada satu kaum, yang pertama daripada mereka binasa dan yang akhir daripada mereka binasa. Terhadap mereka, laknat. Bersungguh-sungguh dalam fitnah yang menghanyutkan. Dan dialah Dajjal al-Alyas, dia makan hamba-hamba Allah. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5076]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman