TEKS BAHASA ARAB
أنا أعربكم أنا من قريش ولساني لسان بني سعد بن بكر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Saya adalah orang Arab paling tulen dalam kalangan kalian, saya daripada keturunan Quraisy dan lidah saya ialah lidah pertuturan suku Sa‘d bin Bakr.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1044, hadis nombor 5334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن يحيى بن يزيد السعدي عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: أنا أعربكم أنا من قريش ولساني لسان بني سعد بن بكر. [ابن سعد، الضعيفة (1689)]
(Palsu) Daripada Yahya bin Yazid al-Sa‘di, daripada bapanya RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW: baginda bersabda: Saya adalah orang Arab paling tulen dalam kalangan kalian, saya daripada keturunan Quraisy dan lidah saya adalah lidah pertuturan suku Sa‘d bin Bakr. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1689]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.