Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَا أَعْرَبُكُمْ، أَنَا مِنْ قُرَيْشٍ، ولِسَانِي لِسَانُ بَنِي سَعْدِ بنِ بَكْرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Saya adalah orang Arab paling tulen dalam kalangan kalian, saya daripada keturunan Quraisy dan lidah saya ialah lidah pertuturan suku Sa‘d bin Bakr.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1044, hadis no. 5334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Yahya bin Yazid al-Sa‘di, daripada bapanya RA secara marfu‘ daripada Nabi SAW: baginda bersabda: Saya adalah orang Arab paling tulen dalam kalangan kalian, saya daripada keturunan Quraisy dan lidah saya adalah lidah pertuturan suku Sa‘d bin Bakr. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1689]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman