Saya adalah individu pertama yang akan membuka pintu syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنا أول من يفتح باب الجنة إلا أني تأتي امرأة تبادرني فأقول لها: ما لك، ومن أنت؟ فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saya adalah individu pertama yang akan membuka pintu syurga. Cuma ada seorang wanita yang berjaya mendahuluiku. Saya tanya: Bagaimana kamu boleh mendahului saya? Kamu ini siapa? Wanita itu menjawab: Saya adalah wanita yang menjaga anak-anak yatim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis nombor 5418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنا أول من يفتح باب الجنة إلا أني تأتي امرأة تبادرني فأقول لها: ما لك ومن أنت؟ فتقول: أنا امرأة قعدت على أيتام لي. [ع، الضعيفة 5374]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda: Saya adalah individu pertama yang akan membuka pintu syurga. Cuma ada seorang wanita yang berjaya mendahuluiku. Saya tanya: Bagaimana kamu boleh mendahului saya? Kamu ini siapa? Wanita itu menjawab: Saya adalah wanita yang menjaga anak-anak yatim. [Riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5374)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.