Saudara yang boleh dipercayai dengannya, dirham yang halal atau sunnah yang diamalkan

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي عليكم زمان لا يكون فيه شيء أعز من ثلاثة: أخ يستأنس به، أو درهم حلال، أو سنة يعمل بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada kamu satu zaman yang tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia pada zaman tersebut berbanding tiga perkara iaitu; Saudara yang boleh dipercayai dengannya, dirham yang halal atau sunnah yang diamalkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis nombor 6479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن حذيفة رضي الله عنه مرفوعا: سيأتي عليكم زمان لا يكون فيه شيء أعز من ثلاثة: أخ يستأنس به، أو درهم حلال، أو سنة يعمل بها.
[حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3713)].

(Lemah)
Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada kamu satu zaman yang tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia pada zaman tersebut berbanding tiga perkara iaitu; Saudara yang boleh dipercayai dengannya, dirham yang halal atau sunnah yang diamalkan.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3713]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs