Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Saudara lelaki yang paling tua adalah seperti kedudukan seorang bapa

Teks Bahasa Arab

لْأَكْبَرُ من الْإِخْوَةِ بمَنْزِلَةِ الْأَبِ.

Teks Bahasa Melayu

Saudara lelaki yang paling tua adalah seperti kedudukan seorang bapa.

Sahabat Perawi

  1. Kulayb al-Juhanī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis no. 192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن كليب الجهني - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الأكبر من الإخوة بمنزلة الأب)). [عد، (الضعيفة)) (3370)]

(Palsu) Daripada Kulayb al-Juhanī RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Saudara lelaki yang paling tua adalah seperti kedudukan seorang bapa. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Dhu'afa’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3370]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.