Satu suara akan memanggil di hari kiamat kelak: Di manakah ahli kebaikan?

TEKS BAHASA ARAB

إذا جمع الله بين الخلائق يوم القيامة؛ نادى مناد: أين أهل الفضل؟ قال: فيقوم ناس؛ وهم يسير؛ فينطلقون سراعاً إلى الجنة؛ فتلقاهم الملائكة فيقولون: وما فضلكم؟ فيقولون: كنا إذا ظلمنا، صبرنا، وإذا أسيء إلينا؛ حلمنا. فيقال لهم: ادخلوا الجنة؛ {فنعم أجر العاملين} [الزمر: 74].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Allah mengumpulkan makhluk-makhluk pada hari kiamat; satu suara akan memanggil: Di manakah ahli kebaikan? Dia berkata: Lalu bangunlah sekelompok manusia, dan mereka sedikit, lalu mereka menuju ke syurga dengan laju. Lalu malaikat pun menyambut mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Kami jika dizalimi kami bersabar. Apabila dilakukan sesuatu yang buruk kepada kami, kami juga bersabar. Lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam syurga. {Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal} [Surah al-Zumar, ayat 74].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis nombor 3636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف جدا)
عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: إذا جمع الله بين الخلائق يوم القيامة؛ نادى مناد: أين أهل الفضل؟ قال: فيقوم ناس؛ وهم يسير؛ فينطلقون سراعاً إلى الجنة؛ فتلقاهم الملائكة فيقولون: وما فضلكم؟ فيقولون: كنا إذا ظلمنا، صبرنا، وإذا أسيء إلينا؛ حلمنا. فيقال لهم: ادخلوا الجنة؛ {فنعم أجر العاملين} [الزمر: ٧٤].
[الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6662)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-As RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika Allah mengumpulkan makhluk-makhluk pada hari kiamat; satu suara akan memanggil: Di manakah ahli kebaikan? Dia berkata: Lalu bangunlah sekelompok manusia, dan mereka sedikit, lalu mereka menuju ke syurga dengan laju. Lalu malaikat pun menyambut mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Kami jika dizalimi kami bersabar. Apabila dilakukan sesuatu yang buruk kepada kami, kami juga bersabar. Lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam syurga. {Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal} [Surah al-Zumar, ayat 74].
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6662].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs