Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جمعَ اللهُ بينَ الخلائقِ يومَ القيامةِ؛ نادَى منادٍ: أينَ أهلُ الفضلِ؟ قال: فيقومُ ناسٌ؛ وهم يسيرٌ؛ فينطلقونَ سراعًا إلى الجنةِ؛ فتلقاهم الملائكةُ فيقولونَ: وما فضلُكم؟ فيقولونَ: كنَّا إذا ظُلِمنا، صَبَرْنَا، وإذا أُسيء إلينا؛ حَلُمْنَا. فيُقالُ لهم: ادخلوا الجنةَ؛ { فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ }.
Teks Bahasa Melayu
Jika Allah mengumpulkan makhluk-makhluk pada hari kiamat; satu suara akan memanggil: Di manakah ahli kebaikan? Dia berkata: Lalu bangunlah sekelompok manusia, dan mereka sedikit, lalu mereka menuju ke syurga dengan laju. Lalu malaikat pun menyambut mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Kami jika dizalimi kami bersabar. Apabila dilakukan sesuatu yang buruk kepada kami, kami juga bersabar. Lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam syurga. {Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal} [Surah al-Zumar, ayat 74].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis no. 3636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada 'Abdullah bin 'Amr bin al-As RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika Allah mengumpulkan makhluk-makhluk pada hari kiamat; satu suara akan memanggil: Di manakah ahli kebaikan? Dia berkata: Lalu bangunlah sekelompok manusia, dan mereka sedikit, lalu mereka menuju ke syurga dengan laju. Lalu malaikat pun menyambut mereka lalu bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Kami jika dizalimi kami bersabar. Apabila dilakukan sesuatu yang buruk kepada kami, kami juga bersabar. Lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam syurga. {Maka pemberian yang demikian adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal} [Surah al-Zumar, ayat 74]. [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6662].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman