TEKS BAHASA ARAB
صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة؛ ونفقة الدينار والدرهم فيه أفضل من سبع مئة دينار ينفقه في غيره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Satu solat orang yang menjaga di perbatasan menyamai 500 solat, nafkah satu dinar dan satu dirham kepadanya lebih baik dari 700 dinar kepada selainnya.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 891, hadis nombor 4572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- مرفوعا قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة؛ ونفقة الدينار والدرهم فيه أفضل من سبع مئة دينار ينفقه في غيره)). [ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، فر، هب، ((الضعيفة)) (5392)].
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya satu solat orang yang menjaga di perbatasan menyamai 500 solat, nafkah satu dinar dan satu dirham kepadanya lebih baik dari 700 dinar kepada selainnya.”
[Riwayat Ibn Abi Asim dalam al-Jihad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5392].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.