Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Satu solat dengan memakai cincin

Teks Bahasa Arab

صَلاةٌ بِخَاتَمٍ تَعْدِلُ سَبْعِينَ صَلاةٍ بِغَيْرِ خَاتَمٍ.

Teks Bahasa Melayu

Satu solat dengan memakai cincin menyamai 70 solat tanpa memakai cincin.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 51-52, hadis no. 203. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: موضوع. وكذا ماأورده الديلمي عن ابن عمر: ((صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين، وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة)). وعن أنس: ((الصلاة بالعمامة بعشرة الآف حسنة)) لكن أورد السيوطي في الجامع الصغير، عن جابر: ((ركعتان بعمامة خير من سبعين ركعة بغير عمامة)).

Ibn Hajar berkata: "Palsu". Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh al-Dailami daripada Ibn 'Umar: "Solat dengan memakai serban menyamai 25 solat dan solat Jumaat dengan memakai serban menyamai 70 solat Jumaat". Juga daripada Anas: "Solat dengan memakai serban memperolehi 10 ribu kebaikan". Namun, al-Suyuti memasukkannya dalam al-Jami' al-Saghir, daripada Jabir: "Dua rakaat dengan memakai serban lebih baik berbanding 70 rakaat tanpa memakai serban".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.