Satu permasalahan yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sepanjang tahun

TEKS BAHASA ARAB

مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu permasalahan yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sepanjang tahun, dan lebih baik baginya berbanding membebaskan seorang hamba daripada kalangan anak-anak Ismā‘īl. Sesungguhnya seorang penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, mereka akan masuk ke dalam syurga bersama dengan para Nabi tanpa sebarang hisab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis nombor 256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3253)].

(Palsu)
Daripada Abū Ayyūb al-Anṣārī RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Satu permasalahan yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sepanjang tahun, dan lebih baik baginya berbanding membebaskan seorang hamba daripada kalangan anak-anak Ismā‘īl. Sesungguhnya seorang penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, mereka akan masuk ke dalam syurga bersama dengan para Nabi tanpa sebarang hisab.))
[Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3253].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs