Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مسألةٌ واحدةٌ يَتَعَلَّمُها المؤمنٌ خيرٌ له من عبادةِ سنةٍ، وخيرٌ له من عِتْقِ رقبةٍ من ولَدِ إسماعيلَ، وإن طالبَ العلمَ والمرأةَ المُطِيعَةَ لزوجِها، والولدَ البَارَّ بوالِدَيْهِ يَدْخُلُونَ الجنةَ مع الأنبياءِ بغيرِ حِسَابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Satu permasalahan yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sepanjang tahun, dan lebih baik baginya berbanding membebaskan seorang hamba daripada kalangan anak-anak Ismā‘īl. Sesungguhnya seorang penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, mereka akan masuk ke dalam syurga bersama dengan para Nabi tanpa sebarang hisab.
Sahabat Perawi
- Abū Ayyūb al-Anṣārī RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis no. 256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مسألة واحدة يتعلمها المؤمن خير له من عبادة سنة، وخير له من عتق رقبة من ولد إسماعيل، وإن طالب العلم والمرأة المطيعة لزوجها، والولد البار بوالديه يدخلون الجنة مع الأنبياء بغير حساب)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3253)].
(Palsu) Daripada Abū Ayyūb al-Anṣārī RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Satu permasalahan yang dipelajari oleh seorang mukmin lebih baik daripada ibadah sepanjang tahun, dan lebih baik baginya berbanding membebaskan seorang hamba daripada kalangan anak-anak Ismā‘īl. Sesungguhnya seorang penuntut ilmu, isteri yang taat kepada suaminya, dan anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, mereka akan masuk ke dalam syurga bersama dengan para Nabi tanpa sebarang hisab.)) [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3253].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman