Sekumpulan umat berterusan berperang di pintu-pintu Dimashq dan di pintu-pintu Bait al-Maqdis serta sekitar-sekitarnya

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال عصابة من أمتي يقاتلون على أبواب دمشق وما حولها، وعلى أبواب بيت المقدس وما حولها، لا يضرهم خذلان من خذلهم، ظاهرين على الحق إلى أن تقوم الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berterusan satu kumpulan dalam kalangan umatku yang berperang di pintu-pintu Dimashq dan sekitarnya, juga di pintu-pintu Bait al-Maqdis dan sekitar-sekitarnya. Orang-orang yang tidak memberikan pertolongan tidak dapat memudaratkan mereka, mereka tetap teguh di atas kebenaran hinggalah berlaku kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1359, hadis nombor 6931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال عصابة من أمتي يقاتلون على أبواب دمشق وما حولها، وعلى أبواب بيت المقدس وما حولها، لا يضرهم خذلان من خذلهم، ظاهرين على الحق إلى أن تقوم الساعة.
[ع، تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5419)]

(Lemah dengan konteks ini)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berterusan satu kumpulan dalam kalangan umatku yang berperang di pintu-pintu Dimashq dan sekitarnya, juga di pintu-pintu Bait al-Maqdis dan sekitar-sekitarnya. Orang-orang yang tidak memberikan pertolongan tidak dapat memudaratkan mereka, mereka tetap teguh di atas kebenaran hinggalah berlaku kiamat.
[Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Tammam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5419]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs