Satu kepayahan tidak akan sekali-kali dapat mengalahkan dua kemudahan

TEKS BAHASA ARAB

لن يغلب عسر يسرين، إن مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu kepayahan tidak akan sekali-kali dapat mengalahkan dua kemudahan, sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kemudahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1484, hadis nombor 7574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن في قوله – عز وجل -: ((إن مع العسر يسرا)) قال: خرج النبي – صلى الله عليه وسلم – يوما مسرورا فرحا، وهو يضحك وهو يقول: ((لن يغلب عسر يسرين، إن مع العسر يسرا، إن مع العسر يسرا)). [ك، ((الضعيفة)) (4342)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan berhubung firmanNya: ((Sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kemudahan)) [Surah al-Sharh: ayat 6], katanya: Nabi SAW telah keluar pada suatu hari dalam keadaan riang gembira sambil ketawa, Baginda bersabda: Satu kepayahan tidak akan sekali-kali dapat mengalahkan dua kemudahan, sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kemudahan.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4342]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs