TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أتي بلبن، قال: بركة أو بركتان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila susu dibawa kepada baginda, baginda akan bersabda: "Satu keberkatan atau dua keberkatan".
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 406, hadis nombor 2179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: «كان إذا أتي بلبن، قال: بركة أو بركتان». [هـ، حم، «الضعيفة» (4164)].
(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Apabila susu dibawa kepada baginda, baginda akan bersabda: "Satu keberkatan atau dua keberkatan". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4164].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.