Satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian adalah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan seorang lelaki memberikan isyarat dengan jarinya di dalam solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة)).
[عب، عد، أبو أحمد في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (‌‌3148)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian adalah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan seorang lelaki memberikan isyarat dengan jarinya di dalam solat.
[Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq, Ibn 'Adi dalam al-Kamil, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3148]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.