Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ جزءًا من سبعينَ جزءًا من النُّبوَّةِ: تبكيرُ الإفطارِ، وتأخيرُ السُّحورِ، وإشارةُ الرَّجلِ بإصبعِه في الصَّلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian adalah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan seorang lelaki memberikan isyarat dengan jarinya di dalam solat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis no. 1421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن جزءا من سبعين جزءا من النبوة: تبكير الإفطار، وتأخير السحور، وإشارة الرجل بإصبعه في الصلاة)). [عب، عد، أبو أحمد في ((الكنى))، ((الضعيفة)) (3148)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya satu juzuk daripada 70 juzuk kenabian adalah: menyegerakan berbuka puasa, melewatkan sahur dan seorang lelaki memberikan isyarat dengan jarinya di dalam solat. [Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq, Ibn 'Adi dalam al-Kamil, Abu Ahmad al-Hakim dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3148]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman