Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَحَجَّةٌ أفضلُ من عَشْرِ غَزَواتٍ، ولَغَزوةٌ أفضلُ من عَشْرِ حَجَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Satu haji lebih baik daripada 10 peperangan. Dan satu peperangan lebih baik daripada 10 haji.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis no. 5094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
5094-74- (ضعيف جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لحجة أفضل من عشر غزوات، ولغزوة أفضل من عشر حجات. [هب، ((الضعيفة)) (2656)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Satu haji lebih baik daripada 10 peperangan. Dan satu peperangan lebih baik daripada 10 haji. [Disebutkan oleh al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman