Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دِرْهَمٌ حلالٌ يَشْتَرِي به عسلًا ويَشْرَبُ بماءِ المطرِ؛ شِفاءٌ من كلِّ داءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Satu dirham yang halal yang digunakan untuk membeli madu lalu diminum bersama air hujan ialah penawar bagi segala penyakit.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 402, hadis no. 2152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعاً: «درهم حلال يشتري به عسلاً ويشرب بماء المطر؛ شفاء من كل داء». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (3596)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Satu dirham yang halal yang digunakan untuk membeli madu lalu diminum bersama air hujan ialah penawar bagi segala penyakit". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3596].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman