Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Satu dirham yang halal yang dibeli dengannya madu lalu diminum dengan air hujan, maka ia adalah penawar dari segala penyakit

Teks Bahasa Arab

دِرْهَمٌ حلالٌ يَشْتَرِي به عسلًا ويَشْرَبُ بماءِ المطرِ؛ شِفاءٌ من كلِّ داءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Satu dirham yang halal yang dibeli dengannya madu lalu diminum dengan air hujan, maka ia adalah penawar dari segala penyakit.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 609, hadis no. 3159. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((درهم ‌حلال يشتري به عسلاً ويشرب بماء المطر؛ شفاء من كل داء)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (3596)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Satu dirham yang halal yang dibeli dengannya madu lalu diminum dengan air hujan, maka ia adalah penawar dari segala penyakit.)) [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3596].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.