Batil

30/06/2024

minit bacaan



Satu dirham yang halal digunakan untuk membeli madu dan diminum dengan air hujan

Teks Bahasa Arab

دِرْهَمٌ حَلاَلٌ يُشْتَرَى بِهِ عَسَلٌ وَيُشْرَبُ بِماءِ المَطَرِ شِفاءٌ مِنْ كُلِّ داءٍ.

Teks Bahasa Melayu

Satu dirham yang halal digunakan untuk membeli madu dan diminum dengan air hujan, boleh menjadi penyembuh terhadap semua penyakit.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 35, hadis no. 175. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh Abu Nu'aim dalam al-Tarikh, dalam sanadnya terdapat beberapa perawi majhul (tidak dikenali) dan yang tidak disebutkan namanya, ia hadith yang batil dan lafaznya pula bukanlah lafaz yang diucapkan oleh Nabi.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.