Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لدرهمٌ أُعطيهِ في عقلٍ؛ أحبُّ إليَّ منْ خمسةٍ في غيرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Satu dirham yang aku berikan pada pada orang yang berakal, lebih aku sukai dari 5 dirham kepada selainnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 884, hadis no. 4540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: (لدرهم أعطيه في عقل؛ أحب إلي من خمسة في غيره). [هب، ((الضعيفة)) (4303)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Satu dirham yang aku berikan pada pada orang yang berakal, lebih aku sukai dari 5 dirham kepada selainnya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 4303]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman