Satu dinar tidak akan memberi manfaat ke atas satu dinar

TEKS BAHASA ARAB

لا يكون الدينار على الدينار ولا الدرهم على الدرهم ولكن يوسع جلده ﴿فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ﴾ الآية .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Satu dinar tidak akan memberi manfaat ke atas satu dinar. Begitu juga satu dirham tidak akan memberi manfaat kepada dirham. Tetapi kulitnya akan ditarik kemudian ditusuk di dahi mereka, tulang rusuk mereka dan belakang mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909, hadis nombor 4649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يكون الدينار على الدينار ولا الدرهم على الدرهم ولكن يوسع جلده ﴿فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ﴾ الآية . [أبو يعلى في مسنده الكبير, الضعيفة (6736)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dinar tidak akan memberi manfaat ke atas satu dinar. Begitu juga satu dirham tidak akan memberi manfaat kepada dirham. Tetapi kulitnya akan ditarik kemudian ditusuk di dahi mereka, tulang rusuk mereka dan belakang mereka. [Abu Ya’la di dalam Musnad Al-Kabir, Al-Dhaifah no. 6736].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs