TEKS BAHASA ARAB
قسمت النار سبعين جزءا، فللآمر تسع وستون، وللقاتل جزء، وحسبه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Neraka telah dibahagikan kepada 70 bahagian; 69 daripadanya untuk orang yang mengarahkan pembunuhan dan satu bahagian untuk pembunuh, dan cukuplah itu baginya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis nombor 4081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن رجل من أصحاب النبي ﷺ قال: سئل رسول الله ﷺ عن القاتل والآمر؟ قال: قسمت النار سبعين جزءاً، فللآمر تسع وستون، وللقاتل جزء، وحسبه.
[حم، هب، (الضعيفة) (4055)]
(Lemah)
Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW telah berkata: Rasulullah SAW ditanya berkenaan pembunuh dan orang yang mengarah pembunuhan? Baginda bersabda: Neraka telah dibahagikan kepada 70 bahagian; 69 daripadanya untuk orang yang mengarahkan pembunuhan dan satu bahagian untuk pembunuh, dan cukuplah itu baginya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4055]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.