Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُسِّمتِ النارُ سبعينَ جزءًا، فللآمرِ تسعٌ وستونَ، وللقاتلِ جزءٌ، وحسبُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Neraka telah dibahagikan kepada 70 bahagian; 69 daripadanya untuk orang yang mengarahkan pembunuhan dan satu bahagian untuk pembunuh, dan cukuplah itu baginya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis no. 4081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من أصحاب النبي ﷺ قال: سئل رسول الله ﷺ عن القاتل والآمر؟ قال: قسمت النار سبعين جزءاً، فللآمر تسع وستون، وللقاتل جزء، وحسبه. [حم، هب، (الضعيفة) (4055)]
(Lemah) Daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW telah berkata: Rasulullah SAW ditanya berkenaan pembunuh dan orang yang mengarah pembunuhan? Baginda bersabda: Neraka telah dibahagikan kepada 70 bahagian; 69 daripadanya untuk orang yang mengarahkan pembunuhan dan satu bahagian untuk pembunuh, dan cukuplah itu baginya. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4055]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman