Satu ayat yang belum diturunkan kepada Nabi sebelumku selepas Sulaiman bin Dawud

TEKS BAHASA ARAB

إني أعلم آية لم تنزل على نبي قبلي بعد سليمان بن داود. فقلت: يا رسول الله! أي آية؟ قال: سأعلمكها قبل أن أخرج من المسجد. فانتهينا إلى الباب، فأخرج إحدى قدميه، فقلت: أنسي؟ ثم التفت إلي، فقال: {إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengetahui satu ayat yang belum diturunkan kepada Nabi sebelumku selepas Sulaiman bin Dawud. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat manakah? Baginda bersabda: Aku akan ajarkan kepadamu sebelum aku keluar daripada masjid. Lalu kami pun sampai di pintu masjid, salah satu kaki baginda telah keluar, lalu aku berkata: Adakah baginda telah lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku lalu baginda bersabda: {Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman, dan kandungannya dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang} [Surah al-Naml ayat 30].

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289-1290, hadis nombor 6602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن بريد رضي الله عنه، قال: كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يمشي في المسجد، فقال: إني أعلم آية لم تنزل على نبي قبلي بعد سليمان بن داود. فقلت: يا رسول الله! أي آية؟ قال: سأعلمكها قبل أن أخرج من المسجد. فانتهينا إلى الباب، فأخرج إحدى قدميه، فقلت: أنسي؟ ثم التفت إلي، فقال: {إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم}.
[ابن أبي حاتم في ((التفسير))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5779)].

(Sangat lemah)
Daripada Buraid RA katanya: Aku pernah bersama Rasulullah SAW sewaktu baginda berjalan di Masjid, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu ayat yang belum diturunkan kepada Nabi sebelumku selepas Sulaiman bin Dawud. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat manakah? Baginda bersabda: Aku akan ajarkan kepadamu sebelum aku keluar daripada masjid. Lalu kami pun sampai di pintu masjid, salah satu kaki baginda telah keluar, lalu aku berkata: Adakah baginda telah lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku lalu baginda bersabda: {Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman, dan kandungannya dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang} [Surah al-Naml ayat 30].
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5779].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs