Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي أًعْلَمُ آيَةً لَمْ تُنْزَلْ عَلَى نَبِيٍّ قَبْلِي بَعْدَ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ. فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللّهِ! أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: سَأُعلِّمُكَهَا قَبْلَ أَنْ أَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِِدِ. فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْبَابِ، فَأَخْرَجَ إِحْدَى قَدَمَيْهِ، فَقُلْتُ: أَنَسِيَ؟ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَيَّ، فَقَالَ: {إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku mengetahui satu ayat yang belum diturunkan kepada Nabi sebelumku selepas Sulaiman bin Dawud. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat manakah? Baginda bersabda: Aku akan ajarkan kepadamu sebelum aku keluar daripada masjid. Lalu kami pun sampai di pintu masjid, salah satu kaki baginda telah keluar, lalu aku berkata: Adakah baginda telah lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku lalu baginda bersabda: {Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman, dan kandungannya dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang} [Surah al-Naml ayat 30].
Sahabat Perawi
- Buraid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289-1290, hadis no. 6602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن بريد رضي الله عنه، قال: كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يمشي في المسجد، فقال: إني أعلم آية لم تنزل على نبي قبلي بعد سليمان بن داود. فقلت: يا رسول الله! أي آية؟ قال: سأعلمكها قبل أن أخرج من المسجد. فانتهينا إلى الباب، فأخرج إحدى قدميه، فقلت: أنسي؟ ثم التفت إلي، فقال: {إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم}. [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5779)].
(Sangat lemah) Daripada Buraid RA katanya: Aku pernah bersama Rasulullah SAW sewaktu baginda berjalan di Masjid, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui satu ayat yang belum diturunkan kepada Nabi sebelumku selepas Sulaiman bin Dawud. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Ayat manakah? Baginda bersabda: Aku akan ajarkan kepadamu sebelum aku keluar daripada masjid. Lalu kami pun sampai di pintu masjid, salah satu kaki baginda telah keluar, lalu aku berkata: Adakah baginda telah lupa? Kemudian baginda berpaling kepadaku lalu baginda bersabda: {Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman, dan kandungannya dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang} [Surah al-Naml ayat 30]. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5779].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman