Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Satu ayat daripada Kitab Allah lebih baik berbanding Muhammad dan keluarga Baginda.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 11, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وجد بخط بعضهم: زاد فيه: " ... لأن القرآن كلام الله غير مخلوق" ولم يعزه إلى صحابي ومثله لا يعتمد عليه. لكن أخرج الديلمي عن علي: "القرآن أفضل من كل شيء من دون الله". وعن أنس: "لقراءة آية من كتاب الله أفضل مما تحت العرش". والطبراني عن ابن مسعود موقوفا: "كل آية من كتاب الله خير مما في السماء والأرض".
Ditemui pada tulisan sebahagian mereka dia menambah padanya: "... kerana al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk", dan dia tidak menyandarkannya kepada mana-mana sahabat, dan hadith seumpama itu tidak boleh dijadikan pegangan. Namun, al-Dailami telah mengeluarkan daripada 'Ali: "Al-Qur'an lebih baik berbanding segala sesuatu selain Allah". Daripada Anas: "Benar-benar bacaan satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik berbanding apa yang berada di bawah 'Arash". Al-Tabarani juga meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud secara mawquf: "Setiap satu ayat daripada kitab Allah adalah lebih baik berbanding apa yang ada di langit dan di bumi".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman