Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
امسحُوا على الخُفَّينِ والخِمارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sapulah atas kedua khuf dan tudung (serban).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1202, hadis no. 6107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مكحول، قال: كان الحارث بن معاوية الكندي وأبو جندل يتوضآن عند مطهرة باب البريد، فذكر المسح على الخفين، فمر بهما بلال مؤذن رسول الله صلى الله عليه وسلم فسألاه عن ذلك؟ فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: امسحوا على الخفين والخمار. [ابن عساكر، طب، ((الضعيفة)) (2935)]
(Lemah) Daripada Makhul, telah berkata: Al-Harith bin Mu'awiyah al-Kindi dan Abu Jundal bin Suhail selalu berwuduk di tempat bersuci di Bab al-Barid (Di Dimashq), lalu beliau menyebutkan tentang menyapu di atas kedua khuf (kasut kulit yang menutupi kaki hingga buku lali). Bilal, tukang azan Rasulullah SAW pun melintasi mereka berdua, lalu mereka berdua bertanya Bilal berkenaan perkara tersebut? Jawab Bilal: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sapulah atas kedua khuf dan tudung (serban). [Riwayat Ibn 'Asakir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2935]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman