Sangkaan dan doa diampuni dari dosa besar

TEKS BAHASA ARAB

كانت ليلتي من رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجت غيري، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح، فسمعته يقول: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب! هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم. قالت: فرفع رأسه فقال: ما أخرجك؟ قالت: ظن ظننته! قال: إن بعض الظن إثم، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يغفر – أظنه قال: – له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana giliranku bermalam bersama Rasulullah SAW, baginda keluar secara senyap-senyap. Aku menyangkakan bahawa baginda telah keluar senyap-senyap menuju kepada salah seorang isterinya. Lalu aku keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati dia sedang sujud seperti baju yang terbuang. Aku mendengarnya berdoa: “Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar”. ‘Aishah RA berkata: Baginda SAW mengangkat kepalanya dan bersabda: “Apa yang menyebabkan kamu keluar?”. ‘Aishah menjawab; “Kerana sangkaan yang aku sangkakan”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa. Mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku dan menyuruhku untuk mengucapkan kalimat-kalimat ini yang telah kamu dengar. Maka ucapkanlah ketika sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia tidak mengangkat kepalanya sehingga dia diampunkan”.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis nombor 5002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: ((كانت ليلتي من رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجت غيري، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح، فسمعته يقول: ((سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب! هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم)). قالت: فرفع رأسه فقال: ((ما أخرجك؟)) قالت: ظن ظننته! قال: ((إن بعض الظن إثم، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يغفر)) – أظنه قال: – ((له)).
[ع، عق، ((الضعيفة)) (2579)].

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Aishah RA berkata; Ketika mana giliranku bermalam bersama Rasulullah SAW, baginda keluar secara senyap-senyap. Aku menyangkakan bahawa baginda telah keluar senyap-senyap menuju kepada salah seorang isterinya. Lalu aku keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati dia sedang sujud seperti baju yang terbuang. Aku mendengarnya berdoa: “Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar”. ‘Aishah RA berkata: Baginda SAW mengangkat kepalanya dan bersabda: “Apa yang menyebabkan kamu keluar?”. ‘Aishah menjawab; “Kerana sangkaan yang aku sangkakan”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa. Mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku dan menyuruhku untuk mengucapkan kalimat-kalimat ini yang telah kamu dengar. Maka ucapkanlah ketika sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia tidak mengangkat kepalanya sehingga dia diampunkan”.
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-‘Uqaili dalam al-Du’afaa al-Kabir, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6579].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs