Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَتْ ليلتي مِنْ رسولِ اللهِ - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ -، فَانْسَلَّ، فَظننتُ أنَّمَا انْسَلَّ إِلَى بعضِ نسائِه؛ فَخرجتُ غَيْرَى، فَإِذَا أَنَا به سَاجدٌ كَالثوبِ الطَّريحِ، فسمعتُهُ يقولُ: سجدَ لكَ سوادي وخيالي، وآمنَ بكَ فؤادي، ربِّ! هَذِهِ يَدِي وَمَا جنيتُ بِهِ عَلَى نفسِي، يَا عظيمُ! تُرْجَى لِكُلِّ عظيمٍ؛ فَاغْفرِ الذنبَ العظيمَ. قَالَت: فَرفعَ رأْسَهُ فَقَالَ: ما أخرجكِ؟ قَالَتْ: ظنٌّ ظنَنتُه! قَالَ: إِنَّ بعضَ الظَنِّ إثمٌ، واستغفِرِي اللهَ! إِنَّ جبريلَ أَتَاني فَأمرني أَن أقولَ هَذِهِ الكَلماتِ التِي سمعتِ، فقوليهَا فِي سجُودِكِ، فَإِنهُ مَنْ قَالَهَا؛ لم يَرفعْ رأسَهُ حتى يُغْفَرَ - أظنُّه قال: لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika mana giliranku bermalam bersama Rasulullah SAW, baginda keluar secara senyap-senyap. Aku menyangkakan bahawa baginda telah keluar senyap-senyap menuju kepada salah seorang isterinya. Lalu aku keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati dia sedang sujud seperti baju yang terbuang. Aku mendengarnya berdoa: “Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar”. ‘Aishah RA berkata: Baginda SAW mengangkat kepalanya dan bersabda: “Apa yang menyebabkan kamu keluar?”. ‘Aishah menjawab; “Kerana sangkaan yang aku sangkakan”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa. Mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku dan menyuruhku untuk mengucapkan kalimat-kalimat ini yang telah kamu dengar. Maka ucapkanlah ketika sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia akan diampunkan selagi mana dia tidak mengangkat kepalanya”.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 969, hadis no. 5002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: ((كانت ليلتي من رسول الله - صلى الله عليه وسلم-، فانسل، فظننت أنما انسل إلى بعض نسائه؛ فخرجت غيري، فإذا أنا به ساجد كالثوب الطريح، فسمعته يقول: ((سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، رب! هذه يدي وما جنيت به على نفسي، يا عظيم! ترجى لكل عظيم؛ فاغفر الذنب العظيم)). قالت: فرفع رأسه فقال: ((ما أخرجك؟)) قالت: ظن ظننته! قال: ((إن بعض الظن إثم، واستغفري الله! إن جبريل أتاني فأمرني أن أقول هذه الكلمات التي سمعت، فقوليها في سجودك، فإنه من قالها؛ لم يرفع رأسه حتى يغفر)) - أظنه قال: - ((له)). [ع، عق، ((الضعيفة)) (2579)].
(Sangat Munkar) Daripada ‘Aishah RA berkata; Ketika mana giliranku bermalam bersama Rasulullah SAW, baginda keluar secara senyap-senyap. Aku menyangkakan bahawa baginda telah keluar senyap-senyap menuju kepada salah seorang isterinya. Lalu aku keluar dalam keadaan cemburu. Tiba-tiba aku mendapati dia sedang sujud seperti baju yang terbuang. Aku mendengarnya berdoa: “Aku bersujud dengan seluruh tubuh badanku dan jiwaku beriman keseluruhannya kepadamu. Wahai Tuhan! Inilah tanganku yang aku tidak pernah melakukan jenayah ke atas diriku dengannya. Wahai Yang Maha Agung! Yang diharapkan untuk seluruh benda yang besar, ampunilah dosa-dosa yang besar”. ‘Aishah RA berkata: Baginda SAW mengangkat kepalanya dan bersabda: “Apa yang menyebabkan kamu keluar?”. ‘Aishah menjawab; “Kerana sangkaan yang aku sangkakan”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu ialah dosa. Mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku dan menyuruhku untuk mengucapkan kalimat-kalimat ini yang telah kamu dengar. Maka ucapkanlah ketika sujudmu. Sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya, nescaya dia akan diampunkan selagi mana dia tidak mengangkat kepalanya”. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-‘Uqaili dalam al-Du’afaa al-Kabir, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6579].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman