Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَلَّ مَا يُوجَدُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دِرْهَمٌ مِنْ حَلَالٍ، أَوْ أخٌ يُوثَقُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sangat sedikit boleh didapati di akhir zaman akan dirham daripada sumber yang halal atau saudara yang boleh dipercayai.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis no. 6657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا أو موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما، مرفوعا: قل ما يوجد في آخر الزمان درهم من حلال، أو أخ يوثق به. [حل، ((الضعيفة)) (121)].
(Sangat lemah atau palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sangat sedikit boleh didapati di akhir zaman akan dirham daripada sumber yang halal atau saudara yang boleh dipercayai. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 121].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman