Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sangat-sangat menghairankan orang yang meragui kekuasaan Allah, sedangkan dia melihat ciptaan-Nya

Teks Bahasa Arab

يا عجبًا كلَّ العجبِ للشاكِّ في قدرةِ اللهِ وهو يَرَى خَلْقَه، بل عَجَبًا كلَّ العجبِ للمُكَذِّبِ بالنَّشْأَةِ الأخرى وهو يرى الأُولَى، ويا عجَبًا كلَّ العجبِ للمُكَذِّبِ بنشورِ الموتِ وهو يموتُ في كلِّ يومٍ وفي كلِّ ليلةٍ ويَحْيَى، ويا عجبًا كلَّ العجبِ للمُصَدِّقِ بدارِ الخلودِ وهو يَسْعَى لدارِ الغرورِ، ويا عجَبًا كلَّ العجبِ للمُختالِ الفَخورِ، وإنما خُلِقَ من نطفةٍ، ثم يعودُ جِيفةً وهو بين ذلك لا يَدْرِي ما يُفْعَلُ به.

Teks Bahasa Melayu

Sangat-sangat menghairankan orang yang meragui kekuasaan Allah, sedangkan dia melihat ciptaan-Nya. Bahkan sangat-sangat menghairankan orang yang mendustakan kejadian yang kedua, sedangkan dia melihat kejadian yang pertama. Sangat-sangat menghairankan juga orang yang mendustakan kebangkitan (setelah) mati, sedangkan dia mati pada setiap hari dan setiap malam lalu kembali hidup. Sangat-sangat menghairankan juga orang yang membenarkan kediaman abadi (akhirat), namun dia berusaha demi kediaman tipu daya (dunia). Sangat-sangat menghairankan juga orang yang sombong lagi angkuh, sedangkan dia hanya diciptakan daripada air mani kemudian dia kembali menjadi bangkai, dalam keadaan dia berada antara hal yang demikian itu, dia tidak tahu apa yang diperlakukan kepadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 454-455, hadis no. 2435.

(موضوع) عن أبي جعفر عبد الله بن مسور الهاشمي مرفوعا: «يا عجبا كل العجب للشاك في قدرة الله وهو يرى خلقه، بل عجبا كل العجب للمكذب بالنشأة الأخرى وهو يرى الأولى، ويا عجبا كل العجب للمكذب بنشور الموت وهو يموت في كل يوم وفي كل ليلة ويحيى، ويا عجبا كل العجب للمصدق بدار الخلود وهو يسعى لدار الغرور، ويا عجبا كل العجب للمختال الفخور، وإنما خلق من نطفة، ثم يعود جيفة وهو بين ذلك لا يدري ما يفعل به». [القضاعي، «الضعيفة» (1078)].

(Palsu) daripada Abu Ja’far Abdullah bin Miswar al-Hashimi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Sangat-sangat menghairankan orang yang meragui kekuasaan Allah, sedangkan dia melihat ciptaan-Nya. Bahkan sangat-sangat menghairankan orang yang mendustakan kejadian yang kedua, sedangkan dia melihat kejadian yang pertama. Sangat-sangat menghairankan juga orang yang mendustakan kebangkitan (setelah) mati, sedangkan dia mati pada setiap hari dan setiap malam lalu kembali hidup. Sangat-sangat menghairankan juga orang yang membenarkan kediaman abadi (akhirat), namun dia berusaha demi kediaman tipu daya (dunia). Sangat-sangat menghairankan juga orang yang sombong lagi angkuh, sedangkan dia hanya diciptakan daripada air mani kemudian dia kembali menjadi bangkai, dalam keadaan dia berada antara hal yang demikian itu, dia tidak tahu apa yang diperlakukan kepadanya.” [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1078].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.